Mengenai Saya

Foto saya
Thariqah Sammaniyah al-'Aliyyah al-Qodiriyah al-Khalwatiyah - Syatthariyah 'Arifin Billah - Syatthariyah Ashaliyah - Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Dibawah bimbingan : Guru Mursyid Tengku Mudo al-Khalidi as-Sammani as-Syatthari. Dengan alamat : Kelurahan.Jombang, Kecamatan.Ciputat, Kota.Tagerang Selatan, Provinsi.Banten. WhatsApp Admin : 082385789999

Jumat, 05 April 2019

SIAPAKAH YANG DIPANGGIL AHLI SUFI ?

SIAPAKAH YANG DIPANGGIL AHLI SUFI ?  

***

Pelbagai istilah, tetapi merujuk kepada orang yang sama , samada dipanggil  :

*     Ahli Sufi

atau

*     Ahli Tasawwuf ( kerana suci bersih dan jernih hatinya )

atau

*     Ahli Ma'rifat ( kerana sangat 'arif tentang keTuhanan )

atau

*     Aulia' Allah ( wakil dan kekasih Allah )

atau

*     Syeikh Sufiyyah ( kerana sifat kepimpinan kerohanian kepada kesucian hati dan jalan keTuhanan )

dan

*     beberapa nama lagi yang layak bagi mereka.

       Ini merujuk kepada hamba-hamba pilihan Allah yang telah suci bersih hatinya, dicurahi ilmu, hikmah dan Rahsia ketuhanan dan dihantar ke bawah bagi memimpin manusia kepada Uluhiyyah dan Ubudiyyah yang hakiki.

       Ghautsul A'zham Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'anhu telah memberi gambaran paling tepat berkenaan Ahli Sufi atau Ahli Tasawwuf,  Ahli Ma'rifat,  Auliya Allah    -  

       Syeikh Sufiyah ini dengan kata beliau :

" Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di anugerahi pandangan kepada Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.

Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disuci bersihkan batinnya.

Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam."

       dan kata beliau lagi....

" Yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi salallahu 'alaihi wasallam dengan Tuhannya ( Ma'rifah, Qurbah dan Mahabbah).  Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka.

Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian,   sdg diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam."   -   ( Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar ) "

       dan di tempat lain beliau menyebut...

" Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang terkenal sebagai ‘golongan Sufi yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam dan berada hampir dengan baginda.

Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam " .

       Walaupun banyak tafsiran dan pengertian lain diberikan oleh sekalian Arif Billah yang mulia, namun gambaran yang dihuraikan oleh Ghautsul A'zham Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'anhu memadai dan merangkumi semua pengertian lain.

       Jika diamati daripada huraian di atas maka yang disebut  Ahli Ma'rifat,  Ahli Sufi  atau  Ahlullah ,   kita akan dapati mereka itu tidak lain melainkan Mu'min pilihan Allah yang di amanahkan untuk menyambung Risalah Nabi salallahu 'alaihi wasallam di atas muka bumi ini.

       Penegasan daripada Syeikh juga memberi isyarat bahawa yang dikehendaki dengan 'Ahli Ma'rifat' atau 'Ahli Sufi' itu adalah orang yang telah tamkin ( tetap hatinya ) dalam Syari'at dan Thoriqah Sufiyyah dan telah diijazahkan oleh Gurunya yang telah menerima Nur Salasilah Nabi salallahu 'alaihi wasallam

Dengan demikian salik yang sedang dalam perjalanan dan masih dikuasai 'afat' ( kejahatan ) belum boleh dikatakan 'Ahli Ma'rifat' atau 'Ahli Tasawwuf'

APAKAH ASAS  /  DASAR PERJALANAN MEREKA ?

       Seluruh perjalanan mereka adalah di atas Al-Qur'an, Kalamullah dan mereka mengambil tafsirnya daripada Hadis Nabi.

       Bermula daripada awal perjalanan sebagai salik di bawah pimpinan gurunya sehinggalah beliau diangkat oleh Allah Ta'ala kepada martabat yang tinggi di sisi-Nya, semua ini diikat dengan perintah Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi.

       Sebagaimana kata Sayyid-At-Thariqah As-Sufiyyah Syeikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu 'anhu :

" Ilmu kami, ahli Tasawwuf diikat dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Jika seseorang tidak menghafal Hadis Nabi dan tidak menulisnya di dalam kitab2 dan tidak menghafal Al-Qur'an, dan tidak mahir didalam hukum2 syaria't dan tidak pula 'alim di dalam ahwal perjalanan kerohanian, maka orang itu tidak layak diikuti sebagai pemimpin Ma'rifat ketuhanan. Maka jangan kamu mengambil ilmu daripadanya"

       Berkata Ghautsul A'zaham Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'anhu :

"Seseorang yang menjadi Syeikh kerohanian mesti memiliki lima syarat,  jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan.

*     Dia mesti sangat mahir didalam syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat.
*     Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat,
*     Dia selalu memuliakan tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang.
*     Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram.
*     Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri dipimpin, sempurna di dalam kemurahan hatinya."
                                   ( Qala'id Al-Jawahir )

       Sultanul Arifin Hazrat Sulatan Syeikh Bahauddin Radhiallahu 'anhu berkata :

"Apabila seseorang memasuki alam Tasawwuf,  dia wajib dengan bersungguh2 mematuhi tuntutan syari'at,  dia wajib mematuhi hukum di dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi di dalam setiap langkahnya"
                                       ( Mihakul Fuqara )

       Bahkan perlu disebutkan di sini bahawa setiap zikir,  wirid,  ayat Muraqabah,  ayat Mushahadah yang menjadi sukatan pelajaran dan pendidikannya adalah bersumberkan Al-Qur'an.

Kita lihat beberapa contoh:

Pendidikan awal yang dimulai dengan zikrullah adalah berdasarkan Firman Allah Ta'ala :

"Wahai orang-orang beriman, zikirkan oleh kamu akan Allah dengan zikir yang banyak."     -      [ Al-Ahzab: 11 ]

       Pendidikan Ahli Tasawwuf berpusat kepada HATI dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH.

       Walaupun di sana terdapat amalan dan wirid-wirid lain seperti suluk, khalwah,tawajjuh dan Riadhah Nafsiyyah yang lain, asasnya adalah zikrullah jua!

       Inilah didikan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam kepada para sahabat Ridhwanullahi Taala sehingga mereka menjadi insan bertaqwa dan diredhai oleh Allah Ta’ala.

       Pada hakikatnya ini adalah perintah Allah Ta’ala kebatas Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam.

Mana dalilnya...!

Firman Allah Ta’ala :

“ Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) ”
                          ( Ash-Shuara 26; 89 )

Sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam :

" Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. ( hati ).
                         ( Riwayat Bukhari ).

       Isyarat Hati dalam Firman Allah Ta’ala dan hadis Nabi di atas memadai bagi menunjukkan secara mutlak kedudukan hati dalam seluruh kejadian manusia! dan tempat jatuhnya pandangan dan penilaian Allah Ta’ala atas hamba-Nya.

       Kesudahan baik buruk manusia apabila dipanggil menghadap-Nya di Yaumul Mahsyar.

MENGAPA HATI ?

Kerana…
Di dalamnya Rahsia Ilahiyyah.   -    Ruh yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dari Nur Muhammad.

Kerana…
Di dalam rongga hati itu diletakkan Nur Iman.

Kerana…
Di dalam rongga ini juga pertembungan dan pertempuran di antara cahaya dan kegelapan ; cahaya yang diterbitkan oleh Iman ,   sementara kegelapan yang diwujudkan oleh nafsu dan tentera syaitan.

Kerana…
Hati menjadi pusat terbitnya segala niat, perbuatan, perkataan, tingkah laku, dan rasa.

        Oleh itu , tepatlah kata Rasul itu; apabila hati itu baik, iaitu hati yang suci bersih dan telah menurut petunjuk Iman dan penuh taqwanya kepada Allah maka selamatlah ia di dunia dan akhirat.

Sebab itu…

Hati itu mesti ditawan dahulu.
Hati mesti dikuasai dengan zikrullah.
Hati mesti dihidupkan dengan ingatan terus menerus kepada Allah Ta’ala.

       Sesiapa yang menguasai istana hati ini, iaitu menjadikan ia bercahaya dengan zikrullah dan terus menerus dalam keadaan demikian ,   nescaya Allah Ta’ala akan datangkan pertolongan-Nya dengan menurunkan cahaya Asma’ dan Sifat-Nya ke dalam hati insan ini.

        Sehingga bertempiaran lari segala syaitan dan Iblis, dan matilah segala nafsu syahwat yang jahat, bertukar menjadi nafsu yang baik2 sahaja.

       Dan bersinar pula seluruh hati, akal dan ruhnya sehingga terbuka ‘alam alwiyyah memandang kepada Tuhan Rabbul Jalil.

       Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala.

       Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya apalagi memasukinya.

       Ketika ini suasana yang berlaku di dalam hati adalah keluasan, kedamaian dan ketenangan. Kekuasaan Allah yang bertahta dihati menggerakkan kepada kepatuhan dan ketaqwaan.

Firman Allah Ta’ala :

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)
                                  ( Ar-Ra’d ; 28 )

       Sebaliknya hati yang tidak dihidupkan dengan zikrullah, maka Iblis dan syaitan akan bermaharaja. Hati akan berada dalam zulmat, kegelapan, degil keras membatu dan kekotoran hasil racun yang ditaburkan oleh Iblis. Ia akan menguasai pusat nafsu yang tujuh dan mengarahkan seluruh anggota tubuh supaya kufur kepada Allah Ta’ala.

Firman Allah :

Bermula neraka wail bagi mereka yang keras hati mereka itu daripada zikrullah. Bahawasanya Mereka itu di dalam kesesatan yang nyata.        (Az-Zumar :22)

       Kesesatan ditafsirkan dengan dua ma’na ; satu menjadi fasiq dan satu lagi boleh jatuh lepada kufur.

MENGAPA PERLU ZIKRULLAH ?

1-    Kerana ianya perintah Allah dan RasulNya yang wajib dikerjakan:

Firman Allah Ta'ala :

"Wahai orang-orang beriman, sebut olehmu akan Allah dgn sebutan yang banyak. ( banyak2 zikrullah )

       Ayat ini adalah menunjukkan perintah wajib mengerjakan zikrullah dan zikrullah yang dikerjakan itu banyak ertinya tiada sempadan atau had. Dan bererti juga terus menerus tanpa henti. ( ini bermaksud kepada zikir hati )

2-    Kerana ianya menjadikan seseorang Islam tetap dan teguh hatinya:

Firman Allah Ta'ala:

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)"
                                    ( Ar-Ra’d ; 28 )

       Tenang, tenteram, teguh bermaksud imannya tetap dan teguh mematuhi perintah Allah Ta'ala dengan penuh ketaqwaan. Serta tetap hatinya khusyu' dalam Ibadahnya. Disebabkan hatinya tidak bergoyang lagi, tiada angan2, tiada khatir atau was-was syaitan yang menganggunya.

3-    Mendapat Keampunan Allah dan Pahala yang besar:

         Al-Ahzab (33:35) .
..dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

        Al-Imran (3:135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

        Semoga Allah Ta'ala memimpin kita kepada kebenaran dan menetapkan hati kita didalamnya.

        Firman Allah Ta'ala diatas dijelaskan oleh ayat lain :

"Wahai orang2 beriman janganlah mengganggu oleh harta kamu dan anak2 kamu daripada mengerjakan zikrullah. Dan siapa2 yang terganggu oleh yang demikian mereka itu orang yang rugi."    -      ( Al-Jumua't :9 )

       Penerangan kepada ma'na "khasirun" (rugi) ditafsirkan oleh Syeikh Yahya Al-Kholidi dalam kitab Risalah Ma'rifat seperti berikut :

"Ya anakku "khasirun" itu ada dua makna. Satu makna berdosa mendapat azab neraka dan satu lagi makna kafir kekal dalam neraka. Jadi lafaz al-khasirun pada ayat ini tiada tafsir yang menentukan makna kepada salah satu makna itu."

        Apabila seseorang tidak mengerjakan zikrullah, iaitu tidak mengingati Allah maka hatinya akan kelam ( menjadi gelap ) ibarat bilik yang tiada pelita. Bilik yang kelam disukai oleh serangga kotor dan perosak.

       Hati yang kelam adalah kesukaan Iblis dan dan nafsu jahat. Iblis dan tenteranya akan menggerakkan anggota tubuhnya supaya melakukan ma'siat dan berbagai kejahatan. Berbohong dusta menjadi kemanisan, meminum arak seperti minum air malahan judi dan perempuan jadi mainan harian.

        Lebih jahat lagi, Iblis dan tenteranya mengarahkan anggota lidah dan tangannya supaya menentang ayat Allah, menghina Sunnah Nabi salallahu 'alaihi wasallam.

       Maka manusia durjana ini yang tiada zikir di dalam hati, yang tiada takut dia kepada Allah, yang telah keras kelam hatinya tidak sedikitpun kesal dengan perbuatannya dan bagaimana orang ini dapat melepaskan diri daripada jatuh kepada kemunafikan, kefasikan dan kekafiran. Betapa besar kerugian, kebinasaan, kecelaan ini bagi orang tidak hidup hatinya dengan zikrullah.

        Walaupun dia menjaga solat fardu, pergi ke masjid hari Juma'at, berpuasa dibulan Ramadhan, berzakat bersedekah dan pergi fardu Haji atau Umrah tapi semua itu akan menjadi lakunan semata2 tanpa ia sedari.

       Bagaimana mungkin seseorang yang mengangkat takbir mengucap Allahu Akbar, pada masa yang sama mencaci dan menghina Al-Qur'an, Hadis dan Sunnah, ini adalah penipuan yang nyata, kemunafikan yang nyata, kefasikan yang nyata dan kekufuran yang nyata.

**

ALLAHU  AKBAR

Sumber : Dato Syekh Amdan Maulana

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

"Terimakasih telah berkunjung ke blog saya, silahkan berkomentar dengan sopan"