Mengenai Saya

Foto saya
Thariqah Sammaniyah al-'Aliyyah al-Qodiriyah al-Khalwatiyah - Syatthariyah 'Arifin Billah - Syatthariyah Ashaliyah - Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Dibawah bimbingan : Guru Mursyid Tengku Mudo al-Khalidi as-Sammani as-Syatthari. Dengan alamat : Kelurahan.Jombang, Kecamatan.Ciputat, Kota.Tagerang Selatan, Provinsi.Banten. WhatsApp Admin : 082385789999

Sabtu, 13 April 2019

PESAN SEORANG GURU

PESAN SEORANG GURU

Barang siapa yang menginginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan waktu berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu itu , Nafas Ibadah.
Wahai saudaraku !
Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang paling penting melainkan beramal ( mempraktikkan ) dengan ilmu ( apa yg engkau ketahui ) , berilmu tanpa amal adalah binasa.
Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus drp-Nya tanpa perantaraan.
Hatimu akan bersinar dengan cahaya Ma'krifat dan ini bererti engkau telah memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual di alam maya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu.
Engkau akan diangkat menjadi kekasih-Nya sehingga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijaga-Nya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytiharkan perang ke atasnya.
Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdir-Nya, hati yang terang menatap rahsia-Nya, hati yang asyik dengan Asma’-Nya, hati yang fana dengan kewujudan-Nya.
Wahai saudaraku !
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihi-Nya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahasia di sebalik rahasia.
Engkau akan diperlihatkan hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan atas hafalan ilmu semata-mata, melainkan dengan dzauq dan Penglihatan Iman dan Ikhsan
Hatimu diberi-Nya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia Diri-Nya. Engkau mencapai makrifat dengan-Nya.
Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahwa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat segala sesuatu melainkan Dia.
Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak drp-Nya, tiada suatu yang maujud melainkan di sana ada wujud-Nya.
Engkau akan memahami firman-Nya;
“Di mana saja kamu menghadap di situlah wajah Allah”,
“Wahai manusia !
Sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” - dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.
Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauq ( rasa ) dan pandangan.
* Tidak akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut.
* Tidak akan sama mereka yang mengenal diri-Nya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahasia diri.
* Tidak akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri.
* Tidak akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat.
* Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat,
* Tidak akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat,
* Tidak akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan.
Inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah "
" Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu ? ”.
Wahai para Salik !
Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu.
Ruhmu akan melalui pendakian drp hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah , drp hati yang hidup mengingati kepada hati yang asyik lagi rindu.
Kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula ( kepada ) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi.
Nabi saw sendiri telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.
Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang terbuka perlulah dilalui. Nabi saw sendiri dipimpin oleh malaikat Jibrail menuju-Nya.
Apalagi engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju kpd TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun di situ melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. WUJUDI.... WUJUDULLAH.....
Engkau akan memahami kalimah la ilaha illa Allahu wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan.
Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaan Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat.
(Inilah pemahaman yang tersalah lagi batil)
Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka disertai dengan syaitan atau Jin.
Mereka cuba bercakap tentang ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahasia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”.
Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.
Wahai saudaraku !
Berjalanlah dirimu kepada Tuhanmu dengan berpakaian syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.
* Syariat itu adalah kediaman Nabi,
* Tarekah itu adalah pakaian Nabi,
* Hakikat itu adalah tubuh Nabi,
* Makrifat itu adalah jalan Nabi.
Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik.
Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah HAMPA, hakikat sahaja tanpa syariat adalah BATAL.
Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat.
Justeru itu , seseorang itu perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan THORIQOH.
Apabila dadamu benar-benar memiliki rahasia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapa mereka itu amat kuat takutnya pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul.
Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang ditembakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya.
Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapaiun kejayaan hakiki baik dunia maupun akhirat.
****
ALLAHU AKBAR
****
Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad,
****
AKU AKAN
MEMBELIMU;
MASAMU;
NAFASMU;
HARTAMU;
HIDUPMU.
HABISKAN SEMUA ITU KEPADA-KU. PALINGKAN SEMUA ITU KEPADA-KU,
DAN -
KU-BAYAR DENGAN KEBEBASAN, KEAGUNGAN, DAN
KEARIFAN ILLAHIAH.
ITULAH HARGAMU DI MATA-KU.
[ PETIKAN PUISI MAULANA JALALUDDIN RUMI, 1207-1273 }
Sumber : Dato Syekh Amdan Maulana
dengan pengalih bahasa ke bahasa indonesia oleh Tengku Mudo al-Kholidi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

"Terimakasih telah berkunjung ke blog saya, silahkan berkomentar dengan sopan"