Mengenai Saya

Foto saya
Thariqah Sammaniyah al-'Aliyyah al-Qodiriyah al-Khalwatiyah - Syatthariyah 'Arifin Billah - Syatthariyah Ashaliyah - Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Dibawah bimbingan : Guru Mursyid Tengku Mudo al-Khalidi as-Sammani as-Syatthari. Dengan alamat : Kelurahan.Jombang, Kecamatan.Ciputat, Kota.Tagerang Selatan, Provinsi.Banten. WhatsApp Admin : 082385789999

Rabu, 17 April 2019

Ilmu Syariat Saja Tak Cukup

Berjalanlah dirimu kepada Allah dengan berpakaian Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, Tarikat itu adalah perjalanan Nabi, Hakikat itu adalah Batin Nabi dan Makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di Alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh Syariat tidak menjamin akan kebenaran Hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan Hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara Ilmu Syariat dan Ilmu Hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan Tarikat. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia Ilmu para Auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh Mata Biasa, ia melihat dengan Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Allah Swt sehingga tembus penglihatannya pada Alam rahasia dan mendapatkan karunia FANA dan BAQA ia dengan Allah 'aza wajalla. Maka fahamlah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan Hakiki baik Dunia atau Akhirat.

Karna ilmu syariat saja tak cukup, maka kita lakukan peningkatan dengan menyelami ilmu hakikat.

Karna mancing di tabek atau danau saja tak cukup, mari kita lakukan peningkatan mancing dilaut.  hehehe..

Melihat laut tampak ombak dan buih.
Laut, ombak, dan buih yang pada hakikatnya adalah wujud air semata2.
Maka memandang jua insan kedalam dirinya...
Ruh memandang jasad, insan memandang tubuh.
Apa yang tampak?

Wafi amfusikum afala tubsirun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

"Terimakasih telah berkunjung ke blog saya, silahkan berkomentar dengan sopan"